Chong Kok Boon
D20102040526
Main
Sunday, 11 December 2011
Saturday, 10 December 2011
Perayaan Di Malaysia
Hari Raya
Hari Raya merupakan perayaan masyarakat
Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula
dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam
berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada
sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di
mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh
kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi
untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi
mempersilakan tetamu datang berkunjung.
Tahun Baru Cina
Perayaan ini disambut secara
besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan
kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12
binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau,
arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.
Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga
berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk
mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah
berumahtangga akan memberi 'angpau' kepada saudara mara dan sahabat yang
belum berumahtangga. 'Angpau' membawa pengertian kesejahteraan yang
berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah dan diisi dengan
sejumlah wang. Buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian
yang perlu ada semasa merayakan Tahun Baru Cina.
Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung,
tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi
berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada
perayaan Tahun baru Cina ialah perayaan Chap Goh Meh.
Perayaan Deepavali
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga.Kebiasannya, surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara mereka. Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
Perayaan Gawai Dayak
Perayaan ini disambut oleh masyarakat
Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang
diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak
merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak
bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai
memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau
berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00
malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang
umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai
rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar
piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering
digunakan untuk mendirikan rumah panjang.
Perayaan Krismas
Perayaan ini dirayakan oleh penganut
Kristian pada 25 hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ.
Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang
dengan lampu berwarna warni. Bungkusan-bungkusan hadiah diletakkan di
bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut Christmas Carol dinyanyikan
di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan
rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana
persembahannya. Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi
dan menari. Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya
disuruh tidur kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus
akan datang membawa hadiah kepada mereka. Sepertimana perayaan
masyarakat lain, pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi
gereja-gereja untuk upacara sembahyang.
RUMAH MELAYU TRADISIONAL
Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian
warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah
direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan
betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina.
Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan
ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan
penggunaan bahan binaan.
Rumah tradisional Melayu melambangkan
cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara
amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding
diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan
rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak
dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran
udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai
ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang
tersangat minima.
Seni bina Melayu adalah kesan daripada
pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau
ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam,
Cina dan Barat.
Subscribe to:
Posts (Atom)