Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian
warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah
direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan
betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina.
Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan
ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan
penggunaan bahan binaan.
Rumah tradisional Melayu melambangkan
cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara
amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding
diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan
rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak
dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran
udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai
ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang
tersangat minima.
Seni bina Melayu adalah kesan daripada
pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau
ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam,
Cina dan Barat.
No comments:
Post a Comment